Sejarah Dan Perkembangan Sekolah
SK Gadong Jaya mula dibuka pada 16.7.1961. Bilangan guru pada masa itu hanyalah tiga orang guru termasuk seorang Guru Besar. Bangunan sekolah menggunakan tempat tinggal sementara peserta Rancangan Tanah Kg Gadong Jaya. Pada Tahun 1966 keramaian murid bertambah kepada 174 orang. Pada tahun yang sama juga, sekolah mendapat bangunan baru yang telah dirasmikan pada tahun 22.7.1971 oleh Dato Mansor bin Othman, Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu. Tetapi jumlah murid telah berkurangan sehingga 52 orang pada tahun 1988. Pelbagai usaha dilakukan untuk menambahkan keramaian murid. Antaranya memujuk penduduk Orang Asli di Kg Pelebar untuk menghantar anak mereka sekolah. Usaha-usaha ini telah berjaya meningkatkan enrolmen murid kepada 152 orang.
Kemudian pada tahun 1994, sekolah mendapat bengunan tambahan yang kemudiannya telah dirasmikan pada 13.5.1995 oleh Dato Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa bin Dato’ Haji Abdul Samad. Pada tahun 2001 sekolah mendapat satu lagi bangunan tambahan untuk tiga bilik darjah dan juga tambahan bilik pra sekolah. Pada awal 2003 sebuah bangunan makmal komputer dan empat pintu rumah guru juga telah dibina guna menambah keupayaan fizikal sekolah. Pada Januari 2004 keramaian murid telah meningkat kepada 312 orang dan ditambah pula dengan murid pra sekolah seramai 25 orang menjadikan bilangan murid berjumlah 337 orang .
INFO SK GADONG JAYA
09:30 |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







0 comments:
Post a Comment